SANDAKAN – Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berharap pengundi di Sandakan memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan semata-mata untuk membangkang kerajaan baharu.

Katanya, masih banyak perancangan untuk Sandakan yang belum direalisasikan, khususnya oleh bapanya iaitu penyandang kerusi Parlimen Sandakan, mendiang Datuk Stephen Wong Ten Fatt.

“Saya membantah dakwaan pembangkang bahawa DAP tidak boleh diharapkan dalam melindungi hak negeri.

“Kami (DAP) merayu kepada rakyat untuk memilih seorang yang dapat mengurus dan menunaikan janji bapa saya,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Anti Plastik di Pulau Berhala di sini hari ini.

Wong diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam yang mendesak pengundi di Sandakan supaya menuntut semula kerusi Parlimen itu, yang dikatakan milik parti tempatan, pada 11 Mei ini.

Anggota Parlimen Keningau itu, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan berkata, selama hampir setahun memerintah, kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan bahawa parti, yang berpangkalan di Semenanjung termasuk DAP, tidak boleh dipercayai untuk menjaga hak-hak negeri.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast