TERKINI : Tak Mudah Alih Kesetiaan Pegawai Kerajaan – Tun Dr Mahathir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah mengalihkan kesetiaan pegawai kerajaan daripada kerajaan lama kepada kerajaan yang baharu pada hari ini.

Beliau menjelaskan ini kerana tempoh yang lama ditadbir oleh kerajaan sebelum ini selama 61 tahun hingga ada beranggap kerajaan tidak akan bertukar sampai bila-bila.

Apatah lagi tegas beliau, terdapat juga pegawai kerajaan yang menganggap kerajaan hari ini sebagai musuh mereka sebelum ini.