Gambar hiasan: Lebuhraya bertol

KUALA LUMPUR – Prolintas Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan mengubah waktu operasi lorong tambah nilai berkuatkuasa pada hari ini.

Lorong tambah nilai akan beroperasi pada 10 pagi hingga 4 petang dan 8 malam hingga 10 malam setiap hari di semua plaza tol iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi), Ir. Rostam Shahrif Tami, pelaksanaan waktu operasi yang baharu ini merupakan usaha GCE untuk menggalakkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan kiosk layan diri yang telah mula beroperasi di lorong berlapis Touch ‘n Go di Plaza Tol Bukit Jelutong (arah utara), kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan dan arah utara) dan hentian sebelah Lagong.

“Sebagai alternatif, pengguna juga boleh melakukan transaksi tol menggunakan perkhidmatan eWallet (Direct Pay) di semua tol plaza di Lebuhraya GCE,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast