File picture

KUANTAN – Akibat teruja dengan pulangan lumayan sebuah skim pelaburan saham atas talian sehingga 80 peratus, seorang lelaki kerugian RM120,000 wang simpanannya.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa yang berumur 51 tahun itu telah menyertai skim pelaburan saham bernama MooMoo yang diiklankan menerusi laman Facebook pada 6 November lepas.

“Suspek telah menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus dan selebihnya 20 peratus adalah milik syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya memberitahu, mangsa yang bekerja sebagai pekebun telah membuat tiga transaksi ke tiga akaun berbeza sebelum menyedari ditipu skim pelaburan saham terbabit.

Justeru Polis Kontinjen Pahang menasihati orang awam agar membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast