Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Bermula 30 April lalu, kadar levi baharu bagi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tahun ke-11 dikurangkan, selaras dengan Perintah Fi (Pas Penggajian, Pas Lawatan Kerja Sementara) Dan Pas Kerja) (Pindaan) 2019 yang telah diwartakan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, ia membabitkan sektor perkhidmatan,
pembinaan, perkilangan dan perlombongan dan kuari dikurangkan dari RM 10,000 kepada RM 6,000.

Manakala bagi sektor perladangan dan pertanian dikurangkan dari RM 3,500 kepada RM 2,000.

Hanya PLKS yang tamat pada 30 April 2019 dan ke atas sahaja layak diberikan pengurangan kadar levi seperti dinyatakan.

Manakala PLKS yang tamat pada 29 April 2019 dan ke bawah, kadar levi kekal pada kadar RM 10,000 dan RM 3,500.

Majikan perlu hadir sendiri bagi membuat lanjutan PLKS tahun ke-11 di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di Putrajaya bagi Semenanjung Malaysia dan Ibu Pejabat Negeri bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. – MalaysiaGazette