Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, kejadian, itu menyebabkan mangsa yang tidak bekerja itu melecur di muka dan badan .
KUANTAN – Hanya 30 minit. Itu tempoh masa yang diambil sindiket Macau Scam untuk mengosongkan akaun bank seorang peniaga yang diperdayakan dengan dakwaan terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata, lelaki berusia 51 tahun itu yang mengalami kerugian RM56,479.80, mendakwa dihubungi sorang lelaki kononnya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi semalam.Mangsa mendakwa suspek memberitahu namanya terlibat dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan seumur hidup.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada suspek kedua yang mendakwa dirinya boleh memperkenalkan mangsa kepada seorang ‘datuk’ bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan butiran peribadi perbankan dan membuka sebuah akaun baharu sebelum memberi jaminan kes itu akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, dalam tempoh setengah jam selepas melakukan semua arahan suspek, mangsa membuat semakan akaun banknya dan mendapati hanya terdapat RM33 di dalamnya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, tindakan seorang pesara berusia 65 tahun mahu membuat pinjaman sebanyak RM5,000 bagi membayar hutang ‘memakan diri’ apabila syarikat kewangan yang diketahuinya menerusi laman sosial itu tidak wujud.

Lelaki warga emas itu mendakwa telah membuat bayaran sebanyak RM1,680 kepada wakil syarikat itu pada 11 April lalu dalam dua transaksi berbeza, kononnya sebagai bayaran wang pemprosesan dan wang perjanjian sebelum boleh menerima wang tersebut. – Bernama