Tunku Ismail Sultan Ibrahim Regent of Johor HSI Sultan ismail hospital pregnant woman give birth alone Crown Prince of Johor Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR- “Kami meniaga sejak 1897, elaun diserahkan kepada Yayasan,” jawab Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar di laman Twitternya.

Baginda ditanya oleh seorang warganet dari manakah keluarga diraja itu mendapat wang yang banyak sehingga mampu membuat pelbagai kerja kebajikan termasuk menyerahkan tanah untuk dibangunkan sebagai projek rakyat.

Anak sulung Sultan Johor itu menganggap soalan tersebut adalah sebuah agenda pembunuhan karakter.

Dalam ciapan lebih awal sebagai maklum balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ayahandanya berhubung kesediaan baginda untuk menyerahkan sebidang tanah seluas 4.5 hektar yang terlibat dengan projek Sistem Transit Rapid (RTS), Tunku Ismail berkata, sudah banyak tanah milik Tuanku diserahkan kepada kerajaan untuk dibangunkan sebagai projek rakyat.

Antara projek-projek tersebut adalah rumah mampu milik Johor di Bandar Dato’ Onn serta pembinaan pelbagai rumah ibadat.

Tambah baginda, Sultan Johor juga sering menyerahkan duit kurniaan kepada kerajaan.

“Tanah masjid, kuil dan tokong yang di kurnia. Orang naik Haji? Beribu di kurnia dan bantu oleh Tuanku. Sumbangan sumbangan ke hospital. Tidak dilaporkan.

“Berapa banyak tanah tanah Sultan Johor yang di beri kepada rakyat dan kerajaan sejak dulu hingga ke hari ini?

“Berjuta duit kurniaan kepada kerajaan? DYMM selesaikan hutang kerajaan masa tahun kedua jadi sultan. Berapa juta ke yayasan-yayasan? Benda baik tidak dikongsi,” katanya.

Semalam, Sultan Johor Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyerahkan tanah milik baginda di Bukit Chagar kepada kerajaan bagi pembangunan projek RTS tanpa sebarang kos asalkan ianya dapat dilaksanakan.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast