David luiz menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi tandukan kencang dalam aksi EPL menentang Watford City di Stamford Bridge malam tadi.

LONDON – Chelsea akhirnya kembali ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim hadapan selepas ketinggalan dua musim.

The Blues mengesahkan tiket kempen liga Eropah itu setelah berjaya meletakkan kedudukannya empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dalam aksi EPL menentang Watford di Stamford Bridge malam tadi, skuad kendalian Mauricio Sarri mudah menjinakkan pasukan pelawat Watford City 3-0.

Arsenal yang hanya serri ketiak berdepan Brighton membolehkan the Blues mengesahkan empat teratas takhta liga dengan berbaki satu perlawanan sebelum saingan EPL musim ini melabuhkan  tirai 13 Mei ini.

Ketiga-tiga gol penting itu hadir menerusi RFuben Loftus Cheek, David Luiz dan Gonzalo Higuain.

Dengan kemenangan itu, Chelsea memungut 71 mata dan melonjak ke tangga ketiga dalam carta EPL.

Watford yang bakal menentukan kejuaraan Piala FA Emirates menentang Manchester City kelak memulakan perlawanan dengan baik.

Bagaimanapun permulaan lembap pada babak kedua menghukum mereka dengan tuan rumah berjaya mengambil kesempatan itu melancarkan serangan balas dan membuka tiga jaringan tersebut.

The Hornets yang kini menghuni tangga ke-10 dalam carta liga setakat ini hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir sejak menjinakkan Wolves pada aksi separuh akhir Piala FA April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast