Mahathir Mohamad
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap semasa temubual khas di Bangunan Perdana Putra (PMO), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2019

PUTRAJAYA – Kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung nasib Malaysia Airlines Bhd.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, setakat ini masih tiada siapa yang mampu memberi cadangan terbaik.

Jelasnya, Malaysia Airlines mengalami krisis yang teruk termasuk dari segi kedudukan kewangan dan pengurusan, sekali gus menyebabkan syarikat penerbangan nasional itu sangat sukar untuk dipulihkan.

“Semua orang suruh buat itu, buat ini tiada siapa yang tampil dengan cadangan terbaik dan betul-betul berjaya, sekurang-kurangnya pada pandangan kami,” katanya semasa temubual khas bersama media sempena setahun pentabiran kerajaan Pakatan Harapan di sini hari ini.

Tambah Mahathir, industri penerbangan mengalami persaingan sengit dengan kewujudan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah.

Sebelum ini terdapat cadangan supaya syarikat penerbangan nasional itu dijual selepas gagal dipulihkan dan seterusnya menyebabkan Khazanah Nasional Bhd., yang memiliki 100 peratus kepentingan di dalamnya mengalami rosot nilai yang tinggi pada tahun kewangan 2018.

Bagaimanapun cadangan tersebut dibantah oleh banyak pihak. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast