TERKINI : Polis Belum Tutup Kes “PEMBUNUHAN” Lans Koperal Valentino Mesa

SHAH ALAM – Polis masih belum dapat membuat kesimpulan terhadap motif pembunuhan anggota polis berpangkat Lans Koperal Valentino Mesa berusia 29 tahun di Balai Polis Pinggiran USJ pada Ogos 2017.

Dalam masa yang sama menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat suspek juga belum dikenal pasti.