Keadaan persekitaran laluan pejalan kaki yang sudah dibersihkan oleh petugas Jabatan Kerja Raya Gombak namun masih terdapat puntung rokok yang dibuang merata-rata oleh orang awam di sebuah jejantas ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2019.

SELAYANG – Empat hari berlalu, kebersihan jejantas Hospital Selayang hari ini kelihatan memuaskan.

Bagaimanapun masih terdapat puntung rokok yang belum dibersihkan lagi.

Sebelum ini Majlis Perbandaran selayang memaklumkan MalaysiaGazette bahawa pembersihan jejantas tersebut adalah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Gombak yang telah memberi jaminan untuk melakukannya dengan segera.

MGF08052019_JEJANTAS HOSPITAL SELAYANG03
Sikap tidak bertanggungjawab orang awam yang membuang puntung rokok merata-rata walaupun laluan pejalan kaki telah pun dibersihkan oleh petugas Jabatan Kerja Raya Gombak di sebuah jejantas ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2019.

Ketika membuat tinjauan sekali lagi, orang ramai yang menggunakan jejantas itu berkata, kebersihan di situ meningkat sedikit sahaja, ini kerana masih terdapat puntung rokok.

Menurut kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohan a/l Krishnan, 59, jejantas itu perlu diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

MGF08052019_JEJANTAS HOSPITAL SELAYANG08
Temubual bersama seorang penduduk, Mohan Krishnan, 59 berkaitan keadaan laluan pejalan kaki yang kotor sebelum ini namun telah pun dibersihkan di sebuah jejantas ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2019.

Jelas beliau, ini kerana sikap orang ramai akhirnya menjejaskan persekitaran apatah lagi menimbulkan rasa tidak selesa bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.

“Kebersihan sekarang memuaskan tapi banyak yang hisap rokok (di sini). Di sini tidak bolehlah hisap rokok, kebanyakan pesakit yang lalu sini (sebab nak ke Hospital Selayang).

“Kena ada kawasan merokok, bukan di sini. Ini sepatutnya dah masuk kawasan hospital kan. Dengan kanak-kanak juga lalu di sini,” katanya yang kerap ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan mata.

Dengan perokok yang turut menyumbang kepada aspek kebersihan di situ maka kerja pembersihan juga, tambah beliau, perlu dilakukan setiap hari.

Mohan turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap penyediaan hanya sebuah tong sampah di jejantas itu.

“Kalau boleh ada (lebih banyak) tong sampah, (bukan) satu hujung sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette.

MGF08052019_JEJANTAS HOSPITAL SELAYANG01
Temubual bersama seorang penduduk, Mohd Fadil Abu Hasan, 43 berkaitan keadaan laluan pejalan kaki yang kotor sebelum ini namun telah pun dibersihkan di sebuah jejantas ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2019.

Senada dengan Mohan, Mohd Fadil Abu Hasan, 43 menganggap tabiat buruk orang Malaysia pada hari ini menjadi faktor utama terhadap keadaan persekitaran, termasuk jejantas, yang dijadikan ‘port’ merokok itu.

“Puntung-puntung rokok yang masih ada ini adalah sikap orang awam. Biasalah sikap kita orang Malaysia buang puntung rokok merata-rata, sudah menjadi tabiat,” kata pekerja swasta itu.

Pelajar bidang perubatan Ras Arisa Roslan, 22 yang bersetuju terdapat perubahan kebersihan di situ menegaskan, orang awam perlu mengambil tanggungjawab bersama-sama untuk tidak membuang sampah merata-rata.

MGF08052019_JEJANTAS HOSPITAL SELAYANG07
Temubual bersama seorang penduduk, Ras Arisa Roslan, 22 berkaitan keadaan laluan pejalan kaki yang kotor sebelum ini namun telah pun dibersihkan di sebuah jejantas ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 MEI 2019.

“Ia sepatutnya daripada kita (tanggungjawab kita) nak jaga kebersihan sekeliling juga. Tapi pembersihan masih perlu dijalankan untuk kawasan umum seperti ini,” ujar Ras.

Sebelum ini pengguna jejantas Hospital Selayang tidak selesa dengan keadaan kotor di situ dan menggesa agar pihak berwajib untuk menjalankan kerja pembersihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast