Pelajar, Muhammad Nasrul Aiman meluangkan masa membaca Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pondok Moden Darussalam Sijangkang, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 MEI 2019

KLANG – Sekolah pondok adalah salah satu sistem pendidikan tradisional yang banyak diamalkan di Malaysia manakala di Indonesia pula dikenali sebagai pesantren.

Sistem pendidikan ini berfokuskan Islam dan biasanya mempunyai asrama. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa.

Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat. Di sini juga menekankan asas-asas ibadah (fardhu ain) seperti sembahyang, bersuci, anak soleh dan juga termasuk syurga neraka

Kelainan yang ditawarkan di Pondok Moden Darussalam Sijangkang selain menghafal Al quran, tajuid, pengajian hadis, pengajian fardhu ain, pengajian bahasa arab serta akademik mereka juga dilatih berkomunikasi dalam bahasa arab dibimbing oleh guru yang mahir dalam pengajaran bahasa arab, yang didatangkan dari pasentren yang terkenal di seluruh dunia pasentren modern Darussalam Gontor Indonesia.

Pondok Moden Darussalam Sijangkang mempunyai 40 orang pelajar termasuk putra dan putri dan juga mengadakan kelas-kelas akedemik seperti matematik, bahasa Malaysia, dan bahasa inggeris. Pelajar-pelajar yang tamat hafazan 30 juzuk Al Quran boleh memohon masuk ke Darul Quran Jakim dan mengambil Sijil Tahfiz MALAYSIA (STM).

Selain dari itu pelajar-pelajar di Pondok Moden Darussalam Sijangkang boleh memohon masuk ke program fast-track Unisel untuk mengambil sijil SPM di unisel selama 1tahun. Selain Unisel, KUIS juga menawarkan program Diploma Tahfiz dan Qiraat kepada pelajar-pelajar yang layak.