KUALA LUMPUR – Bakal mahasiswa disaran menyemak status program yang ditawarkan di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) tempatan sama ada telah mendapat Perakuan Akreditasi Sementara atau Perakuan Akreditasi Penuh di portal Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Penolong Pengarah Seksyen Awam Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa MQA, Mohamad Fairul Mohamad Hatim berkata, ia bertujuan bagi memastikan program ijazah itu diiktiraf dan seterusnya memudahkan laluan kerjaya graduan berkenaan.

“Mereka yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara juga perlu menyemak status akreditasi atau pengesahan kualiti oleh pihak berkuasa negara terbabit bagi menjamin penerimaan kelayakan yang diperoleh apabila bergraduasi kelak.

“Senarai program yang mendapat akreditasi boleh disemak di portal www2.mqa.gov.my/mqr, manakala senarai akreditasi sementara di www2.mqa.gov.my/pasp dan Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di www2.mqa.gov.my/esisraf,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata MQA sering mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan atau pihak awam dalam menyebarkan maklumat berkenaan jaminan kualiti MQA.

“MQA juga konsisten menyertai karnival pendidikan, sesi taklimat kepada pelajar sekolah selain promosi menerusi radio dan televisyen,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast