SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sebuah hotel di Kuala Lumupur pagi tadi, kerana disyaki terbabit dengan kesalahan rasuah.

Difahamkan lelaki itu ditahan kerana disyaki menerima wang suapan daripada kontraktor bagi meluluskan projek membabitkan agensi berkenaan.

“Turut ditahan ialah lima individu bukan petugas DBKL yang disyaki terlibat dengan aktiviti rasuah yang membabitkan agensi sama. Permohonan reman terhadap enam individu itu akan dibuat hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. – MalaysiaGazette