Mkhitaryan akan terlepas aksi akhir Liga Europa antara Arsenal dan Chelsea di Azerbaijan disebabkan ketegangan diplomatik antara Armenia dan Azerbaijan sejak peperangan pada 1996.

ENGLAND – Arsenal berkemungkinan beraksi di pentas perlawanan akhir liga Europa tanpa kelibat Henrikh Mkhitaryan menentang Chelsea pada 29 Mei ini.

Ini kerana pemain kebangsaan Armenia kini berdepan ketegangan diplomatik yang tercetus antara Armenia dan tuan rumah aksi akhir Liga Europa musim ini iaitu Azerbaijan.

the Gunners menempah tiket di perlawanan akhir yang akan berlangsung 29 Mei ini dengan selesa menjinakkan kelab La Liga Sepanyol Valencia awal pagi tadi dengan agregat 7-2.

Sebelum ini dalam aksi peringkat kumpulan Liga Europa, Mkhitaryan tidak tersenarai dalam kunjungan Arsenal ke Qarabag disebabkan ketegangan politik antara Armenia dan Azerbaijan.

Ini bermakna pemain itu sekali lagi akan terlepas aksi penting itu berikutan isu yang masih menjadi pertikaian dua negara itu.

Pada Oktober lalu, Arsenal cuba untuk memohon pelepasan antarabangsa untuk Mkhitaryan supaya beraksi dalam aksi Europa.

Mkhitaryan berkemungkinan memohon permit kerja dengan kerajaan Azerbaijan untuk ke Baku tetapi Arsenal membuat keputusan untuk melalui proses formal itu.

Kedua dua negara Armenia dan Azarbaijan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik sejak kedua perang Nagorno-Karabakh yang berakhir pada 1994.

Arsenal juga terpaksa tunduk kepada keadaan apabila Unai Emery mengakui Mkhitaryan tidak boleh memasuki Azerbaijan dan dia hanya berurusan hal bola sepak sahaja.

“Saya menghormati setiap individu dan budaya mereka dan negara. tetapi saya tak tahu situasi semasa kedua dua negara,” katanya.

Pada 2015, Mkhitaryan tidak terbang ke Azerbaijan untuk berdepan Gabala semasa bersama Borussia Dortmund walaupun diberitahu UEFA bahawa dia boleh memohon Visa.- MalaysiaGazette