Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim beramah mesra dengan rakyat ketika kunjungan baginda di Bazar Ramadan di Stadium Muar, Johor.

KUALA LUMPUR – Selepas digelar ‘budak bodoh’ oleh Perdana Menteri, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim masih memilih untuk berdiam diri dan ‘tutup mulut’ daripada isu itu.

Walaupun TMJ menyedari hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin keruh namun kerabat diraja Johor itu memilih untuk turun padang menyelami keluh-kesah rakyat khususnya selepas genap setahun PH memerintah negara semalam.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim beramah mesra dengan rakyat ketika kunjungan baginda di Bazar Ramadan di Stadium Muar, Johor.

Sebaliknya putera sulung Sultan Ibrahim itu mencuri tumpuan orang ramai sebelum dikerumuni apabila pengunjung dan peniaga menyedari kehadirannya yang singgah di Bazar Ramadan kira-kira jam 6.10 petang di Stadium Muar, Johor, semalam.

Baginda melakukan kejutan itu apabila melawat dan meluangkan masa hampir setengah jam untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum disedekahkan kepada pihak yang memerlukan.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim beramah mesra dengan seorang peniaga ketika kunjungan baginda di Bazar Ramadan di Stadium Muar, Johor.

Tunku Ismail turut berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pelbagai lapisan kaum di Muar termasuk sempat berswafoto dengan beberapa pengunjung dan peniaga bazar.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa untuk berswafoto bersama rakyat ketika kunjungan baginda di Bazar Ramadan di Stadium Muar, Johor.

Peluang keemasan itu tidak dilepaskan pengunjung dan peniaga bazar yang hadir apabila melihat Tunku Ismail tidak kekok turun padang menemui rakyat yang tidak lokek dengan senyuman ketika bersama mereka.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaminkan bacaan seusai solat magrib ketika kunjungan baginda di Masjid Sulaimaniah, Parit Panjang Seribu Darat, Jalan Sri Tanjung, Muar Johor.

Sebelum keberangkatan pulang, Tunku Ismail turut meluangkan masa hampir sejam berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama rakyat di Masjid Sulaimaniah, Parit Pinang Seribu Darat, Muar.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaminkan bacaan doa berbuka puasa ketika kunjungan baginda di Masjid Sulaimaniah, Parit Panjang Seribu Darat, Jalan Sri Tanjung, Muar Johor.

Lebih manis lagi apabila baginda berbuka puasa dengan hidangan nasi ambeng di pekarangan masjid berkenaan bersama ratusan rakyat yang hadir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast