SYDNEY – Kira-kira 550 orang dipindahkan dari sebuah perpustakaan universiti Australia selepas bau gas yang kuat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu.

Sumber bau itu kemudiannya didapati daripada kulit buah durian di dalam salah satu tong sampah, menurut Perpustakaan Universiti Canberra menerusi Facebook.

Agensi Perkhidmatan Kecemasan Australia dalam satu laporan di laman webnya berkata, anggota bomba telah mengesan bau itu di bangunan berkenaan kira-kira 3.30 petang waktu tempatan.

Kulit buah durian itu kemudian dibuang dalam sebuah beg yang bungkus.

Anggota Hazmat juga berada di tempat kejadian bagi memastikan kawasan itu selamat.

Perpustakaan universiti itu kemudian dibuka semula.

Susulan kejadian itu, perpustakaan berkenaan telah menukar gambar profailnya kepada tanda dilarang pada durian. – MalaysiaGazette