Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kiri) bersalaman dengan Timbalan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Mazlan Mansor (kanan) pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2019

PUTRAJAYA – Insiden pegawai polis Cawangan Khas (SB) yang didakwa dihalang daripada menghadiri sebarang sidang media anjuran parti Warisan di Sabah kelmarin tidak perlu diperbesarkan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu sepatutnya tidak menjadi isu memandangkan adalah menjadi tanggungjawab mana-mana pegawai polis menghadiri sesebuah majlis dalam usaha memastikan keselamatan dan kelancarannya.

“Kenapa ada kebimbangan sangat mengenai sama ada ia SB atau pegawai keselamatan beruniform dan sebagainya.

“Mereka yang mewakili polis mengutamakan keselamatan awam melainkan ini urusan spesifik parti, kami tidak berminat pun untuk menghadiri majlis tersebut.

“Kalau ada urusan sulit parti itu sahaja polis tidak perlu hadir atau pergi ke sana kecuali atas permintaan parti iu sendiri demi aspek keselamatan dan sebagainya,” katanya pada sidang media penyerahan watikah pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parcel D Bangunan KDN hari ini.

Tambah beliau, isu itu timbul hanya disebabkan kekeliruan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast