Jurgen Klopp menyifatkan menamtkan saingan EPL sebagai Naib juara hanyalah permulaan langkah pertama kali ini.

LIVERPOOL – Liverpool telah cuba sedaya upaya untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 29 musim melakukannya.

Namun menamatkan saingan EPL sebagai naib juara di belakang Manchester City merupakan langkah pertama ke arah usaha itu, kata Jurgen Klopp.

The Reds menundukkan Wolverhampton 2-0 dan menamatkan saingan liga dengan jumlah 97 mata, mata tertinggi pernah dipungut mana-mana kelab yang menamatkan saingan sebagai naib juara dalam liga utama Eropah.

“Kami maju memahat sejarah kami tersendiri dan kami berjaya (mata tertinggi sebagai naib juara),” kata Klopp kepada BBC Sports.

Menurutnya pasukan ini mengambil pelbagai langkah tahun lalu.

“Pemain-pemain kami menekan diri mereka ke arah tahap baharu. Namun pembangunan dan penambahbaikan itu belum tamat.

“Ini hanyalah percubaan pertama dan inilah pasukan terbaik yang beraksi untuk Liverpool dengan komitmen 100 peratus,” katanya.

Kali terakhir Liverpool bergelar juara EPL pada tahun 1990 dan pasukan itu bakal berdepan Tottenham Hotspurs dalam final Liga Juara-Juara Eropah 6 Jun ini.

Liverpool menamatkan saingan liga England di tempat keempat musim lalu di belakang Manchester City dengan perbezaan 25 mata namun musim ini pasukan itu tercicir satu mata daripada pasukan yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast