Fasha Sandha. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2017.
Fasha Sandha. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR- Pelakon Fasha Sandha menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya kini sedang hamil.

Kata wanita berusia 35 tahun itu, dia hanya berasa lapar disebabkan sedang berpuasa.

“Eh belum la, awal lagi, belum rezeki. Lapar sebab puasa saja,” tulis Fasha.

Menerusi entri di Instagram sebelum ini, suaminya, Aidil Aziz berkongsi gambar mereka bersama-sama berkunjung ke bazar Ramadan sebagai suami isteri.

“Kali pertama kami dapat pergi bazar ramadan sama-sama. Macam-macam isteri mintak.

“Tapi tak apa, masa berbuka tadi semua dia makan,” tulis Aidil.

Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4. – MalaysiaGazette