Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Foto hiasan

SHAH ALAM – Meskipun tiada saksi yang melihat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim turun sendiri dari van Perkhidmatan Bantuan dan Kecemasan (EMRS), namun Dr Ahmad Hafizam Hasmi tetap dengan teorinya bahawa anggota bomba itu tidak ditarik keluar. 

Pakar forensik itu mempertahankan teorinya yang dipadankan dengan hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti menarik Muhammad Adib keluar dari van tersebut.

“Sepanjang inkues dijalankan, keterangan saksi mata tidak ada  nampak Adib ditarik keluar. Saya ambil kira keterangan saksi pada  hari itu termasuk keterangan pemandu EMRS yang bersama si mati (malam rusuhan).

“Tiada (tidak ada saksi nampak Adib turun sendiri) tapi dapatan bedah siasat tidak ada elemen dia ditairk keluar. Jika tiada kecedraan berpadanan dengan ditarik keluar apa boleh simpulkan keluar sendiri,” katanya kepada Mahkamah Koroner pada prosiding hari ke-35.

Menurut doktor pakar Hospital Kuala Lumpur itu,  keterangan saksi-saksi lain dianggap sebagai maklumat tambahan yang dianalisanya dalam mahkamah sebelum ini.

Terdahulu peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syazlin Mansor bertanyakan bagaimana Hafizam membuat kesimpulan teorinya itu.

Dalam keterangannya hari ini, Hafizam juga menyatakan keyakinannya bahawa Muhammad Adib pada malam rusuhan 27 November tidak memakai baju uniform celoreng, meskipun tiga butangnya tercabut.

Jelas beliau baju itu tidak mempunyai kesan luka di bahagian dada yang dialami anggota bomba yang meninggal pada usia 24  tahun.

Malah, katanya, baju celoreng tersebut didapati lebih bersih berbanding seluar uniform Allahyarham yang mempunyai kesan kotoran di bahagian punggung dan kesan luka di lutut.

“Seluar itu saya yakin sebab ada kesan si mati duduk, sebab ada koyak pada seluar dan kutut kanan luka.

“Baju itu pula bersih, tidak ada koyakan siku kiri. Saya tidak yakin baju yang mempunyai butang tercabut adaah baju yang dipakai si mati pada malam kejadian,” tambah beliau.

Prosiding sebentar tadi berlangsung sedikit tegang apabila cara pengiraan Hafizam turut dipertikai Syazlin apabila terdapat kesilapan. 

Hafizam yang tidak bersetuju dengan perikaian tersebut mengira daya dan impak daripada kenderaan bomba menyebabkan Adib terhumban kemudian mencadangkan pihak mahkamah memanggil pakar fizik untuk keterangan lebih lanjut dan tepat.- MalaysiaGazette