🎥 HIBURAN MGTV | AWAK MASIH AYAH! Saya Lega Selepas Bercerai – Bella Astillah

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz akhirnya menemui noktah selepas dia melafazkan cerai talak satu kepada isterinya, Bella Astillah hari ini.

Lafaz itu dibuat Aliff di hadapan Hakim Izzat Syazli Murshid petang tadi dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.