SYDNEY – Harga minyak naik, meneruskan keuntungan dalam empat sesi dagangan ekoran peningkatan ketegangan di Timur Tengah yang dikhuatiri akan menjejaskan bekalan.

Niaga hadapan Brent diniagakan pada AS$72.82 setong, naik AS$0.20 atau 0.3 peratus daripada harga terakhir. Brent ditutup 1.2 peratus lebih tinggi semalam mencecah AS$73.36 setong, tertinggi sejak 26 April.

West Texas Intermediate (WTI) didagangkan AS$63.18 setong, meningkat AS$0.31 atau 0.5 peratus daripada penyelesaian sebelumnya.  WTI ditutup 1.4 peratus pada sesi sebelumnya.

“Harga minyak mentah terus meningkat apabila di Teluk Parsi dan ketidakpastian tentang pertemuan OPEC dan sekutu-sekutunya pada hujung minggu ini bagaimana mahu menyelaraskan pengeluaran disebabkan sekatan ke atas Iran,” kata Edward Moya, penganalisis pasaran kanan, OANDA.

Gabungan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi di Yemen melakukan beberapa serangan udara di ibu kota Sanaa yang dikuasai oleh Houthi pada hari Khamis selepas Iran mendakwa tanggungjawab terhadap serangan dua stesen pam minyak milik Riyadh pada awal minggu ini.

Pasaran sedang menunggu keputusan OPEC dan pengeluar-pengeluar lain sama ada untuk meneruskan pengurangan minyak yang telah menyebabkan harga bahan bakar melonjak 30 peratus tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast