Abibullah Samsuddin

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) digantung tugas untuk sementara.

Pengantungan tugas Datuk Abibullah Samsuddin berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, tindakan itu membolehkan siasatan menyeluruh dakwaan salahlaku terhadap Abibullah.

Sepanjang penggantungan itu, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk sementara ini, jawatan beliau akan dipangku oleh Parihah Hassan, Pengarah Kanan YaPEIM.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis berhubung penularan video seorang pegawai YaPEIM didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangannya pada pilihan raya umum lalu.

Pegawai itu didakwa ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH).

Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast