KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2019 untuk kekal memerintah negara itu bagi tempoh 2019-2024.

“Saya ucap tahniah kepada Bapak @jokowi atas kemenangan secara rasmi sebagai Presiden Republik Indonesia.

“Saya berharap kerjasama antara dua negara akan semakin erat selepas ini,” kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau hari ini.

Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada 1.46 pagi Selasa (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilpres 2019, sehari lebih awal selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin.

Pilpres 2019 diadakan pada 17 April lepas.Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya bagi jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, meraih 68,650,239 undi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast