LONDON – Dua figura bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho mungkin kembali bekerjasama walaupun dianggap sukar berlaku sebelum ini, lapor Daily Mail.

Biar pernah bersengketa, penyerang sensasi itu masih menganggap Mourinho sebagai pengurus terbaik dalam dunia bola sepak.

Ini kerana dia sentiasa menyokong Mourinho untuk menyertai pengurusan di Juventus bagi menggantikan Massimiliano Allegri.

Mereka pernah berdepan konflik ketika di Real Madrid namun Ronaldo gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Mourinho ke Juventus.

“Bekerja dengan Mourinho lagi? Kenapa tidak?” ujar Ronaldo kepada media Marca dalam satu temuramah selepas Allegri meninggalkan Juventus. – MalaysiaGazette