Antonio Conte.

LONDON – Bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte dilaporkan sah telah menjadi pengurus Inter Milan yang baharu.

Menurut The Guardian, perjanjian persetujuan kedua pihak sudah dimeterai tiga minggu yang lalu.

Inter dijangka mengumumkan perkara itu kepada media dalam masa terdekat dan mungkin selepas perlawanan terakhir Serie A musim ini.

Semalam Conte telah memenangi kes tuntutan pampasan daripada Chelsea yang menyingkirnya musim lalu sebelum kontrak berakhir.

Sebelum ini pengendali Itali itu dikaitkan dengan jawatan di Juventus bagi menggantikan Max Allegri.

Musim ini, Inter kecewa dengan kemampuan Luciano Spalleti yang gagal menjadikan pasukan tersebut sebagai pencabar kejuaraan sehingga ke akhir musim.

Lebih teruk, bilik persalinan kelab itu sering menjadi pertelagahan antara pemain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast