Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang debat tersebut akan dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

Katanya, beliau telah menerima segunung nasihat menerusi email dan pesanan Whatsapp meminta supaya menghentikan hasrat untuk meneruskan debat yang bertajuk “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” itu.

Menerusi kenyataan di sini, Kit Siang berkata, perang melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, justeru beliau  memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, beliau sedar keputusan terebut akan disambut dengan pelbagai tuduhan termasuk beliau seorang penakut.

Katanya, kerja politiknya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada beliau seorang penakut ataupun tidak, malah beliau sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat.

“Tetapi, ada satu perkara yang saya tidak akan berkompromi – kepentingan utama negara dan semua rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sendiri buat cabaran sendiri tarik diri..memang penakut dan ini tiada kena mengena dengan tentang perkauman.

Comments are closed.