Vincent Kompany

LONDON – Vincent Kompany diumumkan sebagai pemain dan jurulatih baharu bagi Anderlecht tidak sampai seminggu selepas bekas kapten Manchester City itu mengumumkan  kembali ke kelab lamanya setelah 11 tahun menghabiskan masa di Stadium Etihad.

Sky Sports melaporkan, Pengarah Teknikal Frank Arnesen percaya pemain pertahanan Belgium berusia 33 tahun itu akan dapat membantu membangkitkan kelab ke kedudukan yang lebih tinggi.

“Kami telah berbincang dengan Kompany selama enam jam di City dan saya sangat teruja apabila persetujuan dicapai untuk dia kembali ke kelab.

“Kami berdepan banyak detik jatuh bangun dan Anderlecht kini berada di bawah sekarang.

“Kompany bukan pemain akan membawa kami selangkah ke depan namummungkin tiga atau empat langkah di depan,” jelasnya.

Anderlecht kini ketinggalan 20 mata di pendahulu First Division A Genk selepas hanya memenangi satu daripada 10 perlawanan.

Sementara itu, sepanjang bersama The City, Kompany berjaya menjulang empat kali trofi Liga Perdana termasuk musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast