KUALA LUMPUR – Suatu kejadian yang tidak dijangka berlaku pada pelakon Arja Lee apabila cermin keretanya dipecahkan.

Kejadian itu dipercayainya berlaku semalam, namun hanya disedari apabila dalam perjalanan untuk ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang untuk menyertai Gegar Gempak Raya 2019 menjual biskut raya.

Pada mulanya, beliau berkata, keadaan cerminnya itu seakan tidak pecah apabila dalam perjalanan ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari MAEPS untuk berbuka puasa.

Arja Lee, 36 tahun yang terkejut dengan kejadian itu turut tertanya-tanya tindakan memecah cermin kereta hanya ada pintu belakang sahaja.

“Allah Hu Akbar dugaan mu buat aku terkaku terdiam dan tak mampu untuk berkata kata ‘ asyik berfikir bagaimana? Bila? Dan apakah ini?

“Petang tadi dari MAEPS bergerak ke KLCC utk majlis iftar tak perasan apa-apa lagi, tadi sewaktu stop (berhenti) di Petron untuk isi minyak dalam perjalanan balik ke MAEPS terbantut dek kejadian ni so balik rumah terus nampaknya,” katanya menerusi Instagram. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast