Aksi pemain-pemain AC Milan selepas menang dalam perlawanan menentang SPAL awal pagi tadi

MILAN – AC Milan gagal beraksi dalam persaingan Liga Juara-Juara musim depan meskipun mencatat kemenangan 3-2 pada perlawanan Serie A awal pagi hari ini.

Meskipun kemenangan ke atas SPAL dicapai namun jumlah pungutan mata pasukan itu masih belum cukup untuk melayakkan pasukan bekas Juara Eropah itu ke liga tersebut selepas dua pencabar terdekat turut menang perlawanan masing-masing.

Kemenangan itu meletakkan Milan di tangga kelima Serie A dengan 68 mata dan layak ke Liga Europa.

Atalanta di tangga ketiga dengan satu mata di depan manakala Inter, di tangga keempat dengan mata sama.

Dalam saingan pagi tadi, Atalanta bangkit untuk menewaskan Sassuolo 3-1 di gelanggang sendiri manakala Inter mencatat kemenangan 2-1 ke atas Empoli yang sudah tersingkir dalam saingan di San Siro.

Sebelum itu, Hakan Calhanoglu memecah kebuntuan Milan pada minit ke-18 sebelum Kessie menambah gol kedua sejurus selepas itu apabila pertahanan SPAL gagal mengekang penyerang Ivory Coast itu lantas dia mendapat ruang untuk meledak ke bucu gawang dengan kaki kirinya.

Tuan rumah membalas pada minit ke-28 selepas Francesco Vicari menemui sasaran di penjuru kiri gawang Milan namun derita SPAL ditambah apabila Kessie menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-66 susulan Krzysztof Piatek dijatuhkan di dalam petak penalti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast