Jurgen Klopp.

LONDON – Liverpool harus menjulang Piala Liga Juara Juara Eropah selepas gagal musim lalu.

Kegagalan berbuat demikian akan menjadi mimpi ngeri bagi pemain the Kops.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp perlu mempamerkan aksi luar biasa dan magis pada pentas akhir kejuaraan Eropah itu.

Liverpool dikecewakan Manchester City bagi menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Kops berpeluang untuk mengubati kekecewaan itu pada final Liga Juara Juara Eropah menentang Tottenham Hotspurs.

Liverpool tidak boleh mengulangi kesilapan musim lalu selepas tewas di tangan Real Madrid.

“Jika Liverpool gagal menjulang piala itu kali ini, ia akan memberi kesan kepada tahap keyakinan dan mentaliti skuad itu.

Kemenangan Liga Juara Juara Eropah sekurang-kurangnya akan menunjukkan hasil pelaburan empat musim Klopp dalam membangunkan pasukan itu dan berdasarkan prestasi semasa, Liverpool berupaya menundukkan lawannya itu. – MalaysiaGazette