LONDON – Mike Ashley bersetuju menjual Newcastle United kepada jutawan Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Zeyed Al Nehyan pada harga £350 juta (AS$445.24 juta), lapor akhbar, The Sun.

Kontrak antara Ashley dan Sheikh Khaled telah ditandatangani dan diserahkan kepada Liga Perdana, menurut laporan itu.

Ashley menguasai kepentingan dalam kelab Liga Perdana Inggeris itu pada 2007 cuba menjualnya sebelum ini.

Ashley yang memiliki rangkaian perniagaan pakaian sukan, Sports Direct International Plc berkata, beliau tidak menerima sebarang tawaran pembelian Newcastle pada Oktober lalu, setahun selepas beliau menyatakan untuk menjual kelab itu secara rasmi, namum memberitahu Sky News pada Disember bahawa terdapat kemajuan perbincangan dalam urusniaga itu.

Sebarang pembeli berpotensi kelab tersebut perlu memindahkan dana, katanya ketika itu.

Pada tahun lalu, Sheikh Khaled, sepupu pemilik Manchester City dan jutawan, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebelum ini gagal dalam bidaan untuk membeli Liverpool pada harga £2 bilion, lapor Daily Mail sebelum ini. – Agensi