Aliff Aziz bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean. foto Instagram Aliff Aziz

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz seolah-olah memberi bayangan dia ingin kembali rujuk bersama bekas isterinya, Bella Astillah selepas dua minggu bercerai.

“Ya Allah satukanlah jodoh kami.

“Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” kata Aliff menerusi status di Twitter miliknya.

Status berbentuk doa Aliff itu seolah-olah ditujukan buat bekas isterinya itu.

Aliff bagaimanapun telah memadam status tersebut.

Pada 16 Mei, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas kontroversi timbul membabitkan penyanyi kelahiran Singapura itu sering curang.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Aliff juga dilihat meluahkan perasaan rindu terhadap anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean menerusi halaman Instagram miliknya beberapa hari lalu. – MalaysiaGazette