TERKINI : FOOD TRUCK! ‘Aku Pun Heran’, Tak Ada Orang Tapi Nak Berniaga – Khalid Samad

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak wajar dipersalahkan berhubung tindakan mogok oleh 30 pengusaha Food Truck semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, masalah yang dialami oleh pengusaha terbabit sebenarnya berpunca daripada keegoan mereka sendiri apabila tidak mahu hadir ketika perbincangan dibuat mengenai aktiviti perniagaan food truck di Jalan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.