Enam ditahan di Kota Madrid dengan lebih 2,000 produk tiruan aksi final Liga Juara Eropah disita menjelang perlawanan Sabtu esok

MADRID – Polis Sepanyol telah menahan enam individu yang menjual produk produk tiruan perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah.

Kira-kira 2,000 produk tiruan menjelang perlawanan akhir antara Tottenham Hotspurs dan Liverpool disita pihak berkuasa dalam serbuan mengejut itu.

Enam individu itu dilihat terdesak untuk mengaut keuntungan daripada penyokong kedua-dua kelab England itu yang membanjiri Madrid menjelang perlawanan akhir Sabtu ini.

Pegawai Polis cuba mematahkan jualan produk secara haram dan tiket perlawanan.

Sebanyak 16,000 tiket disediakan untuk penyokong kedua-dua pasukan itu di Stadium Wanda Metropolitano.

Spurs sudah pun menggantung tiga penyokongnya yang cuba menjual tiket mereka dalam talian.

Namun tercetus masalah besar apabila ulat tiket dan barangan final Juara Juara Eropah dijual sekitar Madrid tanpa had.

Kenyataan Polis Sepanyol mendedahkan bahawa situasi bertambah rumit daripada apa yang dijangkakan awal oleh pasukan keselamatan itu.

“Enam individu ditahan dan lebih 20000 produk yang berkaitan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah telah disita kerana disyaki tiruan.

“Tindakan itu menyusul hasil kerjasama policia Sepanyol, pengurusan Liverpool dan Spurs,” kata kenyataan itu.

Tiga lagi individu ditahan semalam kerana didapati menjual tiket hanya beberapa meter dari kaunter tiket di stadium.

Ada penyokong yang membeli 21 tiket palsu dengan nilai 3,000 pound.

Justeru difahamkan kira kira 40,000 penyokong tidak dapat membeli tiket menjelang aksi esok.

Polis juga telah menggerakkan 4,700 anggota ke lokasi untuk mematahkan sebarang tindakan keganasan. – Agensi