Stadium Wembley di London.

KUALA LUMPUR: Stadium Wembley bergema degan laungan buat pertama kalinya sempena program iftar terbuka yang diadakan di stadium ikonik di bandar London itu semalam.

Video bersejarah itu kini menjadi tular menerusi laman sosial Facebook.

Netizen yang melahirkan rasa terharu berharap program seperti itu dapat diperluaskan di seluruh United Kingdom.

Program iftar terbuka itu berlangsung selama seminggu sejak 28 Mei lalu hingga 3 Jun ini.

Program dengan tanda pagar #MakingHistory itu kebiasaannya memilih mercu tanda terkenal di London sebagai lokasi.

Ia adalah sebahagian daripada program Ramadan Tent Project yang dianjurkan untuk memberikan kefahaman mengenai puasa, Islam dan Ramadan kepada penduduk bukan Islam.

Program itu memasuki tahun keenam sejak mula dianjurkan pada 2013 dan setiap tahun, masyarakat pelbagai bangsa dan agama dijemput untuk berbuka bersama-sama di lokasi terpilih.

Sementara itu, satu lagi sejarah tercipta di Dataran Trafalgar di London selepas buat pertama kalinya menjadi lokasi untuk program sama. – MalaysiaGazette