TANGERANG- Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta melancarkan perkhidmatan skuter elektrik, GrabWheels di Terminal 3 sempena pesta pulang ke kampung halaman semasa Hari Raya Aidilfitri ini.

“Pelancaran GrabWheels turut menyokong sambutan Aidilfitri 2019 di lapangan terbang ini terutamanya di Terminal 3,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Pura II, Muhammad Awaluddin di sini.

Katanya, perkhidmatan GrabWheels menambah pilihan pengangkutan jarak dekat dalam Terminal 3 selain turut memberi penekanan bahawa fungsi terminal tersebut sebagai lapangan terbang digital pertama di Indonesia.

“Skuter elektrik bersandarkan aplikasi telah menjadi trend dan gaya hidup di bandar-bandar besar di Amerika, Eropah dan Singapura,” katanya.

Jelas Awaluddin, Terminal 3 merupakan terminal penumpang terbesar di Indonesia dengan keluasan 422,000 meter persegi sekali gus unit pengangkutan peribadi seperti GrabWheels mampu membantu para penumpang bergerak dengan lebih mudah di dalam kawasan terminal.

Kelajuan skuter tersebut adalah hampir 10/kmj bagi faktor keselamatan.

Buat permulaan, 20 unit GrabWheels diletakkan di pintu ketibaan domestik dan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke pintu perlepasan dan ketibaan penerbangan antarabangsa dan domestik tidak lama lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast