FA England

ENGLAND – Persatuan Bola Sepak England telah mengikat penajaan bernilai 50 juta pound bertempoh lima tahun bersama BT Sports.

Penajaan Syarikat Vauxhall selama tujuh tahun sebelum ini telah tamat sejurus selepas kempen Piala Dunia Rusia 2018.

Perjanjian penajaan baharu FA England diumumkan sebelum Bola Sepak Piala Dunia Wanita dan Liga Kebangsaan.

Penajaan baharu itu dianggarkan bernilai 10 juta pound setahun dan kontrak sah sehingga 2024.

Ketua Eksekutif Bahagian Pengguna BT, Marc Allera berkata, kerjasama rakan kongsi berkenaan mencakupi semua lapangan bola sepak di England.

LOgo BT berkenaan akan dipamerkan dalam semua kit latihan pasukan kelainan upaya, futsal dan 28 skuad Liga tempatan England.

Vauxhall merupakan penaja utama untuk pasukan kebangsaan England, Scotland, Wales dan Northern Ireland sejak 2011 lagi.- MalaysiaGazette