Paul Pogba.

LONDON – Juara Seria A, Juventus serius untuk membawa balik Paul Pogba ke kelab itu, lapor Sky Sport.

Juventus dikatakan sudah menghubungi Manchester United dan ejen Pogba iaitu Mino Raiola bagi membincangkan perpindahan tersebut.

Kelab di Turin itu berharap perpindahan bintang Perancis itu dapat dimeterai pada pra musim panas ini.

Namun United masih belum memberikan respon dan Juventus baru membuat panggilan yang pertama.

Pengurus Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini meletakkan Pogba antara pemain yang berada dalam senarai bukan untuk dijual.

Ini kerana Solskjaer mahu membina pasukan yang dipimpin pemain tengah itu.

Pada 2012, Pogba menyertai Juventus dari United untuk beraksi dengan pasukan utama.

Empat tahun selepas itu, United memecahkan rekod perpindahan dunia dengan membayar £89 juta untuk Pogba.

Ini menjadikan Pogba sebagai pemain pertama berharga €100 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast