Trofi Juara Liga-Liga milik Liverpool. foto Agensi

ABU DHABI – Juara Liga-Liga Eropah, Liverpool akan memburu kejohanan Piala Kelab Dunia 2019 yang dijadualkan pada Disember ini di sini.

Liverpool akan bertanding menentang wakil dari konfederasi lain dan juga juara dari negara penganjur.

Sehingga kini wakil Mexico, Monterrey; Esprance and Hienghene Sport dari Tunisia sudah pun melayakkan diri.

Mereka akan disertai juara Ocenia dari New Caledonia manakala wakil dari Asia dan Amerika Selatan akan diketahui selewat-lewatnya pada November.

Al Sadd SC akan mewakili negara tuan rumah Qatar.

Kelab itu telah mengumumkan pelantikan bekas bintang Barcelona dan Sepanyol, Xavi sebagai Ketua Jurulatih.

Sementara itu sebagai juara Eropah, Liverpool akan terus mara ke peringkat separuh akhir.

The Reds tewas 1-0 di perlawanan akhir pertandingan yang sama pada 2005 kepada Sao Paulo.

Pertandingan ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk Liverpool memintas jumlah kutipan trofi utama yang dimiliki Manchester United.

Kedua-dua kelab Inggeris itu kini masing-masing telah mengumpul 42 kejuaraan utama setakat ini.

United adalah satu-satunya kelab Inggeris yang pernah menjuarai Piala Kelab Dunia setakat ini apabila menjuarai pertandingan tersebut pada 2008.

FIFA juga mengesahkan format pertandingan akan diubah mulai 2021, dengan penglibatan 24 pasukan yang diadakan empat tahun sekali untuk menggantikan Piala Konfederasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast