Donald Trump. foto Agensi

HAVANA – Pentadbiran Donald Trump mengharamkan bot persiaran ke Cuba di bawah undang-undang baharu dalam pengembaraan Amerika Syarikat ke Kepulauan Caribean.

Undang-undang itu dikuatkuasakan pada hari ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan komunis bagi melakukan reformasi dan berhenti menyokong Presiden Nicolas Maduro.

Kawalan berdekad-dekad Amerika Syarikat ke atas Cuba akan memberi kesan buruk kepada ekonomi, selain menjejaskan syarikat pengembaraan Amerika Syarikat yang menjalankan perniagaan di Cuba semasa penguasaan tentera antara permusuhan Perang Dingin pada tahun 2014-2016.

Jabatan Negara berkata, Amerika Syarikat tidak lagi mengeluarkan permit melawat Cuba melalui penumpang dan kapal-kapal rekreasi termasuk kapal persiaran dan bot, termasuk milik persendirian dan korporat.

Manakala Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat memberitahu, larangan itu akan berkuatkuasa dari hari Rabu, memberikan laluan pelayaran tanpa tempoh tangguh untuk menukar destinasi dan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penumpang pelayaran.

Royal Caribbean mengumumkan kapal-kapal yang dijadual berlayar pada hari Rabu dan Khamis tidak akan berhenti di Cuba dan mengemaskini destinasi kelak.

Carnival Corp pula berkata, ia akan memberi maklumat tambahan perjalanan dalam masa terdekat, begitu juga dengan Norwegian Cruise Line yang akan memantau situasi semasa.

Washington juga tidak lagi membenarkan perjalanan pendidikan, salah satu pengecualian yang paling popular terhadap pengharaman keseluruhan pada pelancongan Amerika Syarikat ke Cuba.

Pakar perjalanan berkata, sesetengah kumpulan masih boleh berlayar ke Cuba menggunakan salah satu daripada 11 kategori lain yang masih dibenarkan. – MalaysiaGazette