Presiden Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

PARIS – Gianni Infantino dipilih semula sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk penggal kedua.

Beliau akan menerajui badan bola sepak dunia itu sehingga 2023.

Infantiono menang tanpa bertanding pada Kongres FIFA yang berlangsung di Paris semalam.

Infantino menyandang jawatan itu menggantikan Sepp Blatter pada 2016.

Ketika memegang jawatan tersebut, beliau menambah bilangan pasukan bertanding pada Piala Dunia FIFA 2026 dan mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam Piala Kelab Dunia.

Blatter yang pernah menyandang jawatan itu selama 17 tahun digantung selepas disyaki terlibat dalam skandal rasuah pada 2015.

“Kini tidak ada orang yang gosip tentang krisis bola sepak dalam FIFA dan lebih fokus terhadap pembangunan.

“Malah tiada topik skandal rasuah sebaliknya lebih bicara tentang bola sepak,” katanya. – MalaysiaGazette