Beribu-ribu pendatang menjadikan Mexico untuk memasuki Amerika Syarikat. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump tidak berpuas hati dengan progres yang dilakukan dalam rundingan dengan Mexico dalam usaha menangani ancaman tarif.

Pentadbiran Trump telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Mexico di White House pada hari Rahu dan akan berbincang lagi pada keesokan harinya.

Pertemuan antara Mike Pence, Naib Presiden Amerika Syarikat bersama Setiausaha Negara, Mike Pompeo dengan Marcelo Ebrard tidak mencapai sebarang perjanjian

Trump berkata, duti import sebanyak 5 peratus akan berkuatkuasa pada Isnin depan kecuali boleh menangani aliran kemasukan pendatang asing ke Amerika Syarikat yang sudah mencecah paras tertinggi dalam tempoh sedekad bulan lalu.

“Dialog itu fokus kepada aliran migran dan apa yang Mexico buat atau cadangkan kepada Amerika Syarikat,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat yang berada di Eropah untuk majlis peringatan Perang Dunia Kedua, memberi amaran di Twitter bahawa tarif akan diteruskan pada hari Isnin depan tanpa pembaharuan.

Senator-Senator Republik telah menentang tarif yang dikenakan ke atas Mexico.

Di bawah cadangan tarif itu, duti akan meningkat sebanyak 5 peratus setiap bulan ke atas barangan termasuk kereta, minuman keras, buah-buahan dan sayur-sayuran hingga mencapai 25 peratus pada bulan Oktober.

Presiden Republik mahu Mexico menghentikan beratus-ratus ribu pendatang di Tengah Amerika yang kebanyakannya telah masuk ke negara itu sejak bertahun-tahun.

Peronda sempadan memaklumkan sejumlah 132,887 pendatang cuba memasuki Amerika Syarikat dari Mexico pada bulan Mei, menyaksikan kenaikan 33 peratus dari bulan-bulan sebelumnya.

Daripada jumlah itu, seramai 84,542 adalah pendatang berkeluarga dan 11,507 kanak-kanak tanpa keluarga. – MalaysiaGazette