TOKYO – Seorang menteri di Jepun mempertahankan keperluan bagi syarikat untuk menguatkuasakan kod pakaian yang memerlukan wanita memakai kasut tumit tinggi di tempat kerja.
Takumi Nemoto, Menteri Kesihatan dan Buruh Jepun, mempertahankan amalan kontroversial.
“Ia diterima secara sosial sebagai sesuatu yang berada dalam lingkungan yang perlu dan sesuai,” kata Nemoto.
Dia dilaporkan membuat kenyataan itu dalam Jawatankuasa Parlimen semalam.
Seorang pembuat undang-undang, Kanako Otsuji, mencadangkan peraturan itu “ketinggalan zaman” semasa sesi yang sama, laporan Kyodo News.
Nemoto diminta mengulas mengenai kempen yang diterajui oleh pelakon dan penulis Yumi Ishikawa, yang meminta kod pakaian kerja yang diskriminasi dibatalkan.
Yumi melancarkan petisyen itu pemakaian kasut tumit tinggi ketika sedang bekerja bagi acara pengebumian.
Petisyen beliau telah menerima ribuan tandatangan dan sokongan antarabangsa.
Ia diserahkan kepada Kementerian Buruh pada hari Selasa dengan 18,800 tandatangan, menurut Kyodo News.
Penyokong petisyen itu berkongsi hashtag #KuToo sebagai tanda solidariti, mencerminkan gerakan #MeToo terhadap penderaan seksual.
Kempen mengatakan pemakaian kasut tumit tinggi sebagai wajib apabila memohon pekerjaan.
“Saya berharap kempen ini akan mengubah norma sosial supaya ia tidak dianggap sebagai adab buruk apabila wanita memakai kasut rata seperti lelaki,” kata Ishikawa. – MalaysiaGazette