WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan memutuskan sama ada untuk melaksanakan tarif ke aras Beijing ke atas barangan China bernilai AS$300 juta selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin ekonomi terbesar dunia pada Sidang Kemuncak G20 akhir bulan ini.

Hubungan antara Amerika Syarikat dan China telah merosot sejak Trump menuduh Beijing menolak komitmen untuk mengubah cara menjalankan perniagaan dengan seluruh dunia.

Trump meningkatkan tarif kepada 25 peratus bagi barangan China bernilai AS$200 bilion dan mengarahkan wakil perdagangan untuk menyediakan tarif lagi ke atas barangan bernilai AS$300 bilion, meliputi kesemua eksport Beijing ke Amerika Syarikat.

Sidang kemuncak itu akan diadakan di Jepun pada 28 hingga 29 Jun ini.

Acara itu memberi peluang kepada Trump dan Presiden China, Xi Jinping untuk bertemu selepas Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires pada akhir tahun lalu.

“Saya akan membuat keputusan dalam dua minggu lagi selepas G20. Saya akan bertemu dengan Xi dan kita tengok apa yang akan berlaku. Pertemuan itu selepas G20 berakhir,” kata Trump.

Setakat ini pertemuan kedua-dua pemimpin itu belum diumumkan.

Pasukan rundingan dagangan belum lagi mengadakan pertemuan sejak 10 Mei lalu. – MalaysiaGazette