Valencia diajak Beckham untuk menyertai kelab MLS Inter Miami.

NEW YORK – David Beckham dilaporkan mahu merekrut pemain sayap, Antonio Valencia menyertai kelab miliknya Inter Miami.

Kelab baharu Liga Amerika Syarikat, MLS itu dikatakan serius untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Manchester United itu.

Pemain pasukan kebangsaan Ecuador itu menyarung jersi nombor tujuh di Old Trafford, nombor yang sama ketika Beckham bersama United.

Kini selaku pemilik kelab itu, Beckham dikatakan mahu Valencia mengikut jejak langkahnya menyertai kelab baharu miliknya di Amerika Syarikat.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah dilepaskan United dan bebas menyertai mana mana kelab secara percuma.

Valencia juga masih memasang impian untuk beraksi untuk tempoh tiga musim lagi.

Setakat ini hanya Juan Mata yang telah ditawarkan kontrak baharu dua musim oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk kekal di Theatre of Dreams. – MalaysiaGazette