Jose Mourinho. Foto BBC.

LONDON – Jose Mourinho akan mempertimbangkan secara serius untuk menggantikan Rafa Benitez sebagai pengurus Newcastle United, menurut laporan Metro.co.uk.

Sebelum ini, jutawan dari Dubai, Sheikh Khaled Zayed Al Nehayan telah membuat tawaran £350 juta untuk membeli Newcastle daripada pemilik, Mike Ashley.

Sheikh Khaled dikatakan berminat dengan Mourinho yang berada dalam senarai pendek pengurus pilihannya.

Laporan itu juga mendakwa Mourinho telah memberitahu rakan-rakannya dia akan memberi pertimbangan serius jika mendapat tawaran daripada Newcastle.

Pengendali Portugal yang dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu secara terbuka pernah mengakui berminat dengan Newcastle yang diuruskan oleh mentornya, Sir Bobby Robson.

‘Saya suka pergi ke sana dan dapat pergi ke rumah Robson,’ kata Mourinho sebelum ini.

Sementara itu, masa depan Benitez masih belum pasti di Newscastle dan keputusan akan ditentukan kelab pada akhir bulan ini. – MalaysiaGazette