TERKINI : Saya Dah Hubungi ‘AZMIN ALI’ Semalam! Dia Tidak Hadir Mesyuarat Biro! – Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Azmin Ali tidak hadir ke mesyuarat biro politik PKR yang bersidang 5 petang ini.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bagaimanapun sudah menghubungi Timbalan Presidennya itu semalam berhubung isu terkini yang tercetus sejak semalam.

“Tidak (Azmin datang ke mesyuarat) tapi saya ada hubungi melalui telefon dan bicara panjang, saya bercakap panjang semalam,” katanya ketika diserbu pemberita ketika hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut sekitar 5.45 petang di Ibu Pejabat Parti itu tadi.