KUALA LUMPUR – Satu petisyen dilancarkan hari ini menuntut Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan.

Petisyen oleh penama Pendukung Perlembagaan itu dilakukan melalui platform www.change.org kepada kerajaan Malaysia.

Ia bertajuk Kacau Ganggu Kes Adib: Peguam Negara (AG) Mesti Letak Jawatan.

Menurut penganjur, mereka mendakwa AG gagal memahami peranan beliau di dalam inkues Adib.

Tommy juga didakwa gagal mengambil pendirian ke atas punca kematian sebelum kes ini diputuskan dan mengacau ganggu kes dengan mengarahkan peguam KPKT dibuang.

Tommy, menurut penganjur petisyen, Tommy tidak layak lagi menjadi AG lagi.

“Kedudukan AG adalah untuk menegakkan keadilan tetapi apa yang berlaku ialah beliau sendiri menggangu gugat keadilan. Beliau telah mungkir janji untuk mencari kebenaran di dalam inkues dengan seadilnya.

“Demi keadilan. Demi Kebenaran. AG mesti letak jawatan,” katanya.

Setakat pukul 10 pagi tadi, seramai 716 orang telah menandatangani petisyen berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast